Pemanasan global merupakan satu isu yang sangat serius di pesada dunia.Pemanasan global berhubung kait dengan suhu bumi yang telah meningkat sebanyak dua darjah dan kawasannya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu .Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kawasan yang tidak diliputi hutan lebih panas berbanding kawasan yang diliputi hutan .Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10000 tahun, tetapi kini hanya dalam tempoh 100 tahun sahaja ekoran daripada kemusnahan hutan yang kian menjadi-jadi di seluruh dunia
Pemusnahan hutan merupakan salah satu faktor yang menyumbang ke arah pemanasan global yang semakin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Namun kesedaran masyarakat dunia terhadap kepentingan hutan masih lagi lemah. Mereka masih lagi lalai dan alpa, wang ringgit menjadi matlamat utama yang menyebabkan tanpa mereka sedari ianya memusnahkan hutan yang sedia ada. Begitulah yang berlaku di Malaysia kini. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .
Oleh yang demikian, kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia terhadap pentingnya memelihara alam sekitar perlu ditingkatkan. Oleh itu, sekolah menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pendidikan Alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar. Pendidikan alam sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat
Tuesday, August 4, 2009
PENGENALAN
Posted by nor azura tamizi at 1:45 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)